10 Prompt NotebookLM Terbaik Jimat Masa & Mudahkan Kerja

Pengenalan
Prompt NotebookLM Terbaik kini menjadi pilihan ramai kerana NotebookLM semakin diiktiraf sebagai salah satu alat AI paling berguna untuk pelajar, content creator, penyelidik dan profesional. Dengan hanya beberapa prompt pintar, anda boleh meringkaskan dokumen panjang, menjana idea baharu, memahami topik kompleks atau menyediakan laporan. Semuanya dalam masa beberapa saat.
Dalam artikel ini, anda akan temui 10 Prompt NotebookLM Terbaik yang boleh terus digunakan untuk memudahkan kerja dan menjimatkan masa, tidak kira apa bidang anda.
1. Prompt Kelas Terbaik (Ultimate Classroom Prompt)

Untuk sesi pembelajaran yang padat, prompt ini bantu AI mengenal pasti perkara paling penting.
Gunakan prompt ini:
“Review semua bahan yang dimuat naik dan hasilkan 5 soalan penting yang merangkumi maksud utama keseluruhan kandungan.
Fokus pada:
- Tema asas dan definisi utama
- Konsep penting yang diketengahkan
- Hubungan antara setiap konsep
- Aplikasi praktikal yang disebutkan”
Cara aplikasi:
- Upload semua nota / slides / artikel kelas.
- Paste prompt ULTIMATE CLASSROOM PROMPT.
- NotebookLM akan keluarkan 5 soalan penting → ini jadi panduan study.
Contoh:
- Anda ada 20 mukasurat nota “Marketing Principles”.
- -> Prompt buat 5 soalan kritikal.
- → Anda terus tahu apa nak fokus.
2. Prompt 5 Soalan Penting (5 Essential Questions)

Prompt ini memaksa AI mengekstrak struktur sebenar kandungan, bukan hanya buat ringkasan.
Gunakan prompt ini:
“Analisis semua kandungan dan hasilkan 5 soalan penting yang apabila dijawab, merangkumkan point utama dan maksud keseluruhan dokumen.”
Cara aplikasi:
- Upload semua dokumen.
- Paste prompt.
- Dapat soalan-soalan utama yang bentuk flow keseluruhan topik.
Contoh:
Dokumen: 5 laporan projek.
NotebookLM → 5 “essential questions” yang merangkumi semua laporan.
3. Prompt Maklumat Paling Menarik

Menemui fakta-fakta unik yang biasanya kita terlepas pandang.
Gunakan prompt ini:
“Apa maklumat atau data paling menarik atau mengejutkan daripada sumber ini? Sertakan petikan penting.”
Cara aplikasi:
- Upload artikel / data / transkrip.
- Paste prompt.
- NotebookLM highlight fakta menarik + quote.
Contoh:
Content creator nak buat TikTok “5 Fakta Menarik”.
→ AI cari fakta paling menarik dalam dokumen.
4. Prompt Insight Mendalam (Extended Guidance Prompt)

Untuk penulis yang nak buat artikel lebih bernilai dan berpandangan mendalam.
Gunakan prompt ini:
“Saya ingin menulis tentang [TOPIK].
Apakah data atau insight paling menarik berkaitan [TOPIK] dalam sumber ini?
Sertakan petikan penting. Fokus pada [ASPEK SPESIFIK], bukan pada [ASPEK LAIN].”
Cara aplikasi:
- Upload rujukan.
- Paste prompt.
- Isi [TOPIC] dan [ASPECT].
- AI bagi insight ikut angle yang anda nak.
Contoh:
Topik: “AI dalam pendidikan”
Fokus: “Kelebihan untuk guru”, bukan “pelajar”.
5. Prompt Kuiz Audio (Quiz Format Prompt)

AI jadi host kuiz dan ‘sengaja’ buat salah supaya pembelajaran lebih melekat.
Gunakan prompt ini:
“Buat kuiz dengan dua hos. Hos pertama menyoal hos kedua tentang [TOPIK]. Jumlah 10 soalan, gabungan objektif dan benar/palsu. Hos pertama kadang-kadang jawab salah. Hos kedua membetulkan dengan jawapan tepat. Paparkan keputusan di akhir.”
Cara aplikasi:
- Upload nota.
- Paste prompt quiz.
- Dapat kuiz 10 soalan dengan host yang buat salah supaya anda lebih ingat.
Contoh:
Belajar Linux → NotebookLM buat kuiz.
6. Prompt Podcast Pelbagai Bahasa (Multilingual Podcast Trick)

Sesuai untuk belajar bahasa atau buat content multilingual.
Gunakan prompt ini:
“Ini merupakan episod khas antarabangsa Deep Dive yang dijalankan sepenuhnya dalam bahasa [BAHASA].
Arahan khas:
- Tiada English dibenarkan, kecuali untuk menjelaskan istilah khusus.
- Gunakan bahasa [BAHASA] sepenuhnya sepanjang episod.”
Cara aplikasi:
- Upload artikel bahasa yang anda nak belajar.
- Paste prompt.
- Dapat podcast gaya perbualan dalam bahasa pilihan.
Contoh:
Anda nak belajar Jepun → buat podcast Jepun.
7. Prompt Persona Pengurus Produk (Product Manager Persona)

Mengubah dokumen kompleks jadi memo keputusan yang jelas dan actionable.
Gunakan prompt ini:
“Bertindak sebagai pengurus produk kanan yang menyemak dokumen dalaman. Cari insight yang boleh diambil tindakan dengan tepat dan abaikan perkara tidak penting.
Sediakan dalam format ‘memo keputusan’:
- Bukti pengguna: Petikan terus yang menunjukkan masalah pengguna
- Semakan kebolehlaksanaan: Kekangan teknikal yang dinyatakan
- Kekurangan: Perkara yang tiada atau tidak dibincangkan dalam teks asal
Gunakan bullet points. Jika soalan saya kabur, minta penjelasan.”
Cara aplikasi:
- Upload semua dokumen projek/feedback.
- Paste prompt PM.
- NotebookLM buat decision memo → senang untuk buat keputusan.
Contoh:
Founder startup → dokumentasi produk jadi lebih jelas.
8. Prompt Penyelidik Saintifik (Scientific Researcher Persona)

Untuk analisis akademik yang mendalam dan objektif.
Gunakan prompt ini:
“Bertindak sebagai pembantu penyelidik kepada saintis kanan. Nada: objektif, formal dan tepat. Anggap pengetahuan lanjutan dalam bidang [BIDANG]. Jangan jelaskan istilah asas. Fokus pada metodologi, integriti data dan bukti bercanggah. Utamakan saiz sampel, reka bentuk eksperimen dan signifikan statistik berbanding kesimpulan umum.
Format dengan bahagian tebal:
- Penemuan utama
- Kekuatan/kelemahan metodologi
- Percanggahan”
Cara aplikasi:
- Upload jurnal akademik / kajian.
- Paste prompt researcher.
- Dapat analisis metodologi, sample size, data integrity.
Contoh:
Pelajar Master/PhD buat chapter literature review.
9. Prompt Guru Sekolah Menengah (High School Teacher Persona)

Mengubah kandungan sukar jadi mudah, sesuai untuk pemahaman cepat.
Gunakan prompt ini:
“Bertindak sebagai guru sekolah menengah yang menarik. Terjemah kandungan asal ke dalam bahasa yang mudah difahami pelajar Tingkatan 1.
Strukturkan setiap jawapan:
- ‘Ringkasan’ satu ayat menggunakan perkataan mudah
- Analogi: Metafora dunia sebenar untuk menerangkan konsep
- Senarai kosa kata: 3 perkataan sukar dengan maksud mudah
Untuk perenggan padat, pecahkan kepada bentuk kuiz benar/palsu.”
Cara aplikasi:
- Upload teks susah.
- Paste prompt teacher.
- Dapat:
- TL;DR
- Analogi
- Senarai perkataan sukar
- Kuiz T/F
Contoh:
Baca jurnal “Neural Networks” → AI mudahkan.
10. Prompt Ulasan Literatur (Literature Review Prompt)

Memudahkan penyelidik menggabungkan banyak artikel ke dalam satu ringkasan teratur.
Gunakan prompt ini:
“Daripada artikel mengenai [TOPIK], kenal pasti 5–10 tema yang paling kerap muncul.
Untuk setiap tema, sediakan:
- Definisi ringkas dalam kata-kata anda
- Artikel mana yang menyebutnya (beserta citation)
- Satu ayat tentang bagaimana ia dibincangkan (diperdebatkan, diandaikan, dibuktikan)
Susun dalam bentuk jadual berstruktur.”
Cara aplikasi:
- Upload 5–10 artikel.
- Paste prompt.
- AI keluarkan:
- Tema berulang
- Definisi
- Citation
- Cara setiap artikel membincangkannya
- Jadual penuh
Contoh:
Student FYP perlu buat Chapter 2 → siap dalam beberapa minit.
Kesimpulan
Dengan 10 prompt ini, NotebookLM boleh berubah daripada sekadar alat ringkasan kepada pembantu kerja yang benar-benar menjimatkan masa. Sama ada anda pelajar, peniaga, content creator atau penyelidik, penggunaan prompt yang tepat boleh menjadikan kerja lebih mudah, lebih cepat dan lebih teratur.
Credit & Rujukan Creator
Idea prompt, ilham visual dan diskusi asal diperoleh daripada perkongsian creator: Adam.Digital
🔗 Rujukan asal:
https://web.facebook.com/share/p/1BZ8i3oHMG/

