Poster Sekolah Kini Lebih Interaktif dengan Canva Form

Pengenalan
Dengan perkembangan teknologi, hebahan sekolah kini lebih interaktif dengan update terbaru Canva iaitu form, membolehkan Cikgu mencipta poster interaktif yang boleh dikemaskini dan menyimpan data secara langsung. Ini memudahkan pengurusan aktiviti sekolah tanpa perlu platform tambahan.
Apa Itu Canva Form?
Canva Forms adalah ciri terbaru dalam Canva yang membolehkan:
- Pelajar atau ibu bapa mengisi maklumat terus pada poster.
- Menyimpan data seperti nama, email, dan RSVP dalam akaun Canva guru.
- Semua data terurus dengan kemas tanpa eksport-import berulang.
Kelebihan Poster Sekolah Interaktif
- Pendaftaran Mudah
Sesuai untuk pendaftaran Hari Sukan, kelas tambahan, atau kem motivasi. Pelajar boleh terus isi borang tanpa menggunakan Google Forms atau platform lain. - RSVP Acara
Untuk Hari Anugerah Cemerlang atau majlis rasmi sekolah, ibu bapa boleh sahkan kehadiran mereka melalui poster interaktif. - Borang Maklum Balas
PIBG atau guru boleh kumpul maklum balas ringkas dengan cepat dan data terus tersimpan di Canva. - Undian Aktiviti Kelab
Pelajar boleh memilih aktiviti kelab kegemaran mereka secara digital. Data terus boleh dianalisis untuk rancang aktiviti terbaik.
Cara Buat Poster Interaktif di Canva
Berikut langkah mudah:
- Masuk ke Canva akaun

2. Pilih template poster yang sesuai.

3. Klik “Elements” dan taip “form” untuk ke pilihan-pilihan form.

4. Pilih kategori form yang bersesuaian.

5. Pilih template form.

6. Tambah nama, kelas dan kehadiran pada form.

7. Contoh poster yang telah siap.

8. Klik “Share” dan seterusnya klik “Website”.

9. Publish poster.

10. Poster sedang di publish.

11. Copy link website poster.

12. Paparan poster yang telah di publish.

13. Data maklumat boleh di akses di dalam canva. Boleh klik “Responses”.

14. Paparan penuh data maklumat.


