Cara Mudah Bina Content Carousel Guna ChatGPT dan Canva AI

Category: , ,

Bina Content Carousel AI kini menjadi lebih mudah dengan gabungan ChatGPT dan Canva AI. Jika sebelum ini proses menghasilkan carousel media sosial memerlukan masa yang lama untuk menyusun idea, menulis kandungan dan mereka bentuk visual, kini semuanya boleh dilakukan dengan lebih pantas menggunakan bantuan AI.

ChatGPT membantu menyusun isi dan struktur kandungan, manakala Canva AI membantu menukar idea tersebut kepada reka bentuk yang menarik dan sesuai untuk media sosial.

Untuk tutorial ini, kita akan menggunakan contoh mudah iaitu membina carousel mengenai Pelan Latihan Renang 12 Minggu untuk perenang pemula bernama Dolphin.

Langkah 1: Create Structure Carousel dengan ChatGPT

Sebelum fikir tentang rupa visual, kita kena siapkan dulu pengisian teks yang betul-betul kukuh.

1- Mula-mula, buka ChatGPT dan masukkan situasi, sasaran dan matlamat latihan renang Dolphin contohnya fokus pada peningkatan teknik gaya bebas dan pernafasan ke dalam chat.

2- Kemudian, ChatGPT akan bantu susun struktur kandungan dan cadangkan pembahagian 8 slide yang lengkap. Biasanya ia akan merangkumi sasaran utama, panduan pernafasan, sampai ke pelan latihan mingguan secara teratur.

3- Akhir sekali, salin sahaja keseluruhan rangka teks slide yang telah disediakan untuk digunakan dalam reka bentuk carousel nanti.

Langkah 2: Pilih Template untuk Bina Content Carousel AI di Canva

Langkah ini penting supaya AI betul-betul faham konsep dan juga identiti visual yang kita nak.

1- Mula-mula, buka Canva dan cari template media sosial. Pergi ke bahagian “Social Media”, kemudian taip “Carousel” dan pilih saiz yang sesuai.

2- Lepas itu, pilih satu template carousel yang anda rasa sesuai tengok pada susunan layout, warna, dan gaya ilustrasi yang nampak menarik.

3- Akhir sekali, download template itu dalam format PDF Standard. Fail PDF ini nanti akan jadi rujukan gaya (style reference) untuk bantu proses penjanaan imej dengan ChatGPT.

Langkah 3: Menghasilkan Slide dengan ChatGPT

Langkah ini penting supaya AI boleh faham konsep dan identiti visual yang kita nak dengan lebih tepat.

1- Lepas PDF template siap, pergi semula ke ChatGPT dan upload fail tadi.

2- Kemudian, kembali ke ChatGPT dan muat naik fail PDF template Canva yang telah disimpan tadi.

3- Selepas itu, berikan arahan yang jelas dan minta ChatGPT meniru gaya visual, skema warna, dan tipografi daripada PDF tersebut untuk membina 8 slide pelan renang anda.

4- Akhir sekali, ChatGPT akan proses dan hasilkan draf visual slide lengkap dengan susunan teks yang kemas dan teratur.

Langkah 4: Design Slide dengan Canva

Selepas teks siap, buka semula Canva dan mula bina slide berdasarkan rangka yang ChatGPT beri.

1- Masukkan arahan di Canva: Gunakan ciri pembina slide dan masukkan prompt reka bentuk berdasarkan struktur teks slaid yang telah diberikan oleh ChatGPT sebelum ini.

2- Selepas itu, biarkan Canva jana secara automatik. Sistem akan membina reka bentuk asas serta susunan halaman slaid mengikut jumlah dan rangka maklumat yang telah anda tetapkan.

Langkah 5: Fine-Tune Setiap Slide di Canva

Bila slide sudah siap, semak satu per satu. Betulkan bahagian yang nampak tidak kemas, seperti teks terlalu rapat, gambar bertindih atau font susah dibaca.

1- Copy setiap slide secara teliti ikut kriteria yang ditetapkan, pastikan tiada elemen visual yang bertindih dengan teks penting.

2- Kemudian, kemaskan susunan grafik seperti tajuk slaid, ikon panduan visual, dan ilustrasi perenang. Dalam masa yang sama, pastikan saiz tulisan (font) cukup jelas dan mudah dibaca supaya audiens di media sosial boleh faham dengan cepat tanpa rasa serabut.

ChatGPT vs Canva: Platform Terbaik untuk Bina Content Carousel AI

Daripada eksperimen ini, dua-dua tool ada fungsi masing-masing.

  • Canva AI sesuai untuk susun design dengan cepat.
  • ChatGPT pula bagus untuk susun idea, bina teks slide dan ikut gaya visual daripada rujukan yang kita beri.

Kesimpulan: Cara Mudah Bina Content Carousel AI untuk Media Sosial

Gabungan ChatGPT dan Canva AI memang membantu kalau anda selalu buat content media sosial.

Anda tidak perlu mula dari kosong. Guna ChatGPT untuk susun isi, kemudian guna Canva untuk kemaskan design.

Interested in exploring AI tools and learning how to craft effective prompts for better results?

Get in touch with us today via WhatsApp at 016-423 6116 or email fazmuhyudin@gmail.com to request your personalized training session.

Should you require any training, please feel free to reach out. I am an accredited trainer under HRDCORP.

Looking for something more flexible? We also offer personalized classes with easy payment options to suit your needs.


Contact Us
📧 Email: fazmuhyudin@gmail.com
📞 Phone: +6016-423 6116