Panduan Tukar Poster Lama Jadi Baru Untuk Peniaga Guna AI

Tukar poster lama jadi baru adalah strategi pemasaran bijak yang boleh membantu peniaga menjimatkan masa, kos dan tenaga tanpa perlu hasilkan design baru setiap kali ada promosi.
Ramai peniaga sudah mempunyai poster promosi yang cantik dan profesional. Namun, setiap kali ada promosi baru, mereka buat design baru sepenuhnya. Sebenarnya, dengan sedikit pengubahsuaian pada teks, warna dan tawaran, satu poster boleh digunakan berulang kali untuk pelbagai tujuan pemasaran.
Dalam panduan ini, anda akan belajar cara transform poster sedia ada menjadi poster baru yang relevan dan sesuai untuk kempen semasa hanya dengan menggunakan AI.
Kenapa Peniaga Perlu Tukar Poster Lama Jadi Baru Guna AI?
Sebelum kita masuk ke langkah teknikal, ini sebab kenapa strategi ini sangat sesuai untuk peniaga:
1. Jimat Masa
Tak perlu fikir konsep dan susun atur dari awal.
2. Jimat Kos
Tak perlu upah designer setiap kali ada promosi.
3. Kekalkan Identiti Jenama
Warna, font dan gaya kekal konsisten — pelanggan lebih mudah kenal brand anda.
4. Mudah Sesuaikan Mengikut Kempen
Contohnya:
- Promosi Raya
- Sale Akhir Tahun
- Promosi Gaji
- Clearance Sale
- Flash Sale
Struktur sama, mesej sahaja yang berubah.
Langkah-Langkah Untuk Tukar Poster Lama Jadi Baru
Langkah 1 – Buka tools AI seperti Gemini

Langkah 2 – Muat naik poster lama.
Klik pada ikon “+” di dalam kotak input. Pilih menu “Upload files” untuk memuat naik poster lama.

Langkah 3 – Masukkan prompt dan pilih “Create images”.
Taip arahan spesifik anda di ruang teks. Seterusnya, Klik pada butang “Tools”. Dari senarai menu yang muncul, pilih “Create images” untuk mengaktifkan fungsi penjanaan imej.

Langkah 4 – Jana dan Lihat Hasil
Klik ikon “>”di hujung kanan kotak input. Gemini akan memproses gambar rujukan serta arahan teks anda untuk menghasilkan imej baharu

Contoh Prompt Untuk Tukar Poster Lama Jadi Baru Guna AI
Dalam strategi tukar poster lama jadi poster baru, anda bukan sekadar ubah teks. Anda juga boleh ubah visual, sudut gambar, gaya promosi dan sasaran pelanggan menggunakan AI.
Poster Lama:

Di bawah adalah contoh-contoh prompt yang boleh digunakan untuk menghasilkan visual promosi baharu daripada satu poster asal.
Prompt 1 – Fokus Kepada Promo Set Sahaja
Only focus on the promo set. Make a Muslim Malay family eating this food set in a dine in experience.
Hasil Poster Baru:

Tujuan:
- Kekalkan produk yang sama
- Tukar suasana kepada pengalaman makan di restoran
- Sasarkan keluarga Melayu Muslim
Sesuai untuk kempen kekeluargaan atau promosi hujung minggu.
Prompt 2 – Tukar Sudut Gambar
Create another image from a different angle of the same scene. Keep the Muslim Malay family enjoying the promo set.Hasil Poster Baru:

Tujuan:
- Hasilkan variasi visual
- Elakkan gambar nampak sama
- Sesuai untuk posting berulang di media sosial
Sudut berbeza memberi rasa seolah-olah gambar baru sepenuhnya.
Prompt 3 – Gaya BOFU
Create a BOFU marketing style image.Hasil Poster Baru:

Tujuan:
- Visual lebih fokus kepada conversion
- Tekankan harga
- Masukkan urgency
- Kurangkan elemen lifestyle, lebih kepada jualan
Sesuai untuk kempen hard selling seperti:
- Last Day Sale
- Limited Stock
- Closing Promo
Prompt 4 – Hasilkan Versi Baharu Berdasarkan Inspirasi Gambar Asal
Create a new version using this picture as inspiration.
Hasil Poster Baru:

Tujuan:
- Kekalkan konsep asal
- Hasilkan versi lebih segar
- Tambah kreativiti tanpa lari dari branding
Ini membantu peniaga cipta banyak versi daripada satu design utama.
Prompt 5 – Masukkan Branding & Harga
Include the branding and price with other relevant info.
Hasil Poster Baru:

Tujuan:
- Pastikan logo kekal ada
- Harga jelas dipaparkan
- Masukkan maklumat penting seperti:
- Tempoh promosi
- CTA
- Contact / WhatsApp
Ini penting supaya poster bukan sekadar cantik tetapi menjual.
Prompt 6 – Sasaran Pasaran Berbeza
Create indian Malaysian couple enjoying this.
Hasil Poster Baru:

Tujuan:
- Pelbagaikan sasaran pelanggan
- Sesuaikan visual dengan demografi
- Jadikan kempen lebih inklusif
Satu produk boleh disesuaikan untuk pelbagai segmen pasaran.
Tips Supaya Prompt Lebih Berkesan
Untuk hasil terbaik, pastikan anda nyatakan:
✔ Jenis promosi (Raya, Clearance, Flash Sale)
✔ Sasaran pelanggan (pelajar, ibu bapa, wanita bekerja dll)
✔ Tempoh kempen
✔ Gaya mesej (formal, santai, urgent, eksklusif)
✔ Platform (Instagram, Facebook, WhatsApp)
Semakin jelas arahan, semakin tepat hasil yang AI akan berikan.
Kesimpulan
Strategi tukar poster lama jadi baru sangat sesuai untuk peniaga yang mahu bergerak pantas dalam pemasaran tanpa membazir kos design. Dengan hanya menggunakan poster lama sebagai asas, anda boleh menghasilkan pelbagai versi promosi yang berbeza.
Daripada membina design baru setiap kali, optimakan apa yang sudah ada. Poster lama sebenarnya adalah aset pemasaran yang boleh digunakan berulang kali dengan menggunakan AI.
📌Jika artikel ini membantu dan memberi manfaat kepada anda, kongsikan kepada rakan-rakan yang lain untuk sama-sama mendapat ilmu.

