Transform Rumah dengan RoomGPT Dalam 1 Minit

Transform Rumah dengan RoomGPT kini menjadi cara paling mudah untuk melihat perubahan ruang tanpa perlu upah interior designer yang mahal. Dengan hanya menggunakan telefon atau laptop, anda boleh melihat hasil dekorasi baharu dalam masa kurang daripada satu minit.
Ramai yang mahu rumah nampak lebih cantik dan moden, tetapi sering berdepan masalah tiada idea atau bajet terhad. Teknologi AI seperti RoomGPT membantu anda mendapatkan inspirasi visual dengan cepat dan percuma.
Kenapa Ramai Pilih AI Untuk Ubah Suai Rumah?
Menghias rumah memerlukan imaginasi dan perancangan. Tidak semua orang mampu membayangkan bagaimana sesuatu ruang akan kelihatan selepas ditukar warna dinding, susun atur atau gaya perabot.
Dengan AI:
- Anda boleh lihat hasil sebelum buat keputusan sebenar
- Anda boleh cuba pelbagai konsep tanpa risiko
- Anda tidak perlu keluar kos untuk sesi konsultasi
Ia sangat membantu terutamanya untuk ruang tamu, ruang makan dan pejabat rumah.
Apa Itu RoomGPT?

RoomGPT ialah laman web berasaskan AI yang membolehkan anda memuat naik gambar ruang sebenar dan sistem akan menjana cadangan dekorasi secara automatik. Untuk generate design di dalam RoomGPT perlu bergantung kepada berapa kredit limit yang anda ada.
Anda tidak perlu muat turun aplikasi. Hanya pergi ke www.roomgpt.io melalui pelayar internet.
Antara gaya yang boleh dipilih:
- Modern
- Minimalist
- Professional
- Tropical
- Vintage
Setiap pilihan akan memberi sentuhan berbeza mengikut konsep yang anda pilih.
Cara Transform Rumah dengan RoomGPT
Prosesnya sangat ringkas:
1. Layari laman web
Pergi ke www.roomgpt.io dan klik “Sign in with Google” untuk daftar masuk.

2. Upload gambar
Klik “Upload an image” untuk masukkan gambar ruangan bilik yang ada telah pilih.

3. Pilih Tetapan Ruang dan Gaya Rekaan
Pada langkah ini, anda perlu menetapkan jenis ruang, kualiti hasil dan tema dekorasi yang diinginkan.
1️⃣ Select Room Type
Pilih jenis ruang yang ingin anda ubahsuai. Antara pilihan yang tersedia ialah:
- Living Room
- Dining Room
- Bedroom
- Bathroom
- Office
- Kitchen
- Basement
- Outdoor Patio
- Gaming Room
2️⃣ Select Quality
Pilih tahap kualiti hasil rekaan:
- Fast (Standard) – 1 credit
Sesuai untuk preview pantas. - Best (High Quality) – 2 credits
Hasil lebih detail dan realistik (disarankan untuk hasil terbaik).
3️⃣ Select Room Themes (Up to 4)
Anda boleh memilih sehingga 4 tema untuk dijadikan inspirasi reka bentuk. Antara tema yang tersedia:
- Modern
- Summer
- Professional
- Tropical
- Coastal
- Vintage
- Industrial
- Neoclassic
- Tribal

4. Generate ruang baharu
Klik “Render designs” untuk lihat design ruang baharu anda.

5. Hasil transformasi
Dalam masa kurang satu minit, anda akan melihat perbandingan sebelum dan selepas yang dijana oleh AI.

Kelebihan Transform Rumah dengan RoomGPT
Menggunakan RoomGPT memberi beberapa manfaat:
- Jimat kos berbanding upah interior designer
- Jimat masa mencari idea
- Boleh eksperimen pelbagai konsep
- Sesuai untuk pemilik rumah baru atau penyewa
Walaupun ia hanyalah simulasi digital, ia membantu anda membuat keputusan dengan lebih yakin sebelum membeli perabot atau melakukan ubah suai sebenar.
Kesimpulan
Transform Rumah dengan RoomGPT membuktikan bahawa teknologi AI kini boleh membantu dalam urusan dekorasi rumah dengan cara yang lebih mudah dan menjimatkan kos. Dalam masa kurang satu minit, anda boleh melihat potensi sebenar ruang anda tanpa sebarang komitmen kewangan.
Jika bermanfaat, kongsikan artikel ini dengan rakan atau ahli keluarga yang sedang mencari idea untuk mencantikkan rumah mereka.
Kredit
Kredit idea asal video: yes_iman

