Ini Kesilapan Anda: Berhenti Suruh ChatGPT “Jadi Manusia”

Pengenalan
Berhenti Suruh ChatGPT jadi manusia. Itu sebenarnya kesilapan paling biasa yang ramai pengguna lakukan.
Bila anda tulis prompt seperti “Jadi macam manusia”, anda sebenarnya beri arahan yang terlalu umum. AI tak tahu jenis manusia yang anda maksudkan, manusia formal? manusia santai? pakar? kawan? motivator?
Hasilnya? Jawapan jadi biasa-biasa. Generic. Kadang-kadang nampak seperti robot yang cuba terlalu keras untuk jadi manusia.
Masalahnya bukan pada AI.
Masalahnya pada prompt.
Kalau anda mahu hasil yang lebih kuat, lebih hidup, dan lebih meyakinkan. Anda perlu beritahu AI jenis manusia apa yang anda mahu ia jadi.
Kenapa Suruh ChatGPT “Jadi Manusia” Itu Prompt Lemah?

Arahan itu terlalu kabur.
“Manusia” ada banyak jenis:
- Pakar berpengalaman 15 tahun
- Kawan yang pernah lalui situasi sama
- Pencerita yang pandai guna analogi
- Pemikir yang reflektif dan analitik
Tanpa konteks yang jelas, AI akan pilih jalan paling selamat: jawapan neutral dan generik. Pengguna yang tahu stratergi tak guna AI macam search engine. Mereka guna AI sebagai thinking partner.
7 Prompt Yang Lebih Berkesan Daripada Suruh “Jadi Manusia”

1. Mod Pakar Berpengalaman (Human Expertise Mode)
Suruh AI jawab seperti seseorang yang ada pengalaman sebenar lebih 10 tahun dalam bidang tersebut.
Contoh prompt:
Jawab seperti pakar berpengalaman lebih 10 tahun. Elakkan teori buku teks. Berikan contoh sebenar, kesilapan biasa dan insight praktikal.
Ini soalan saya: (masukkan soalan anda)
Hasilnya akan lebih matang dan berlapis.
2. Respons Berempati (Emotionally-Aware Mode)
Untuk topik motivasi, tekanan atau konflik, minta AI jawab dengan kefahaman emosi.
Contoh prompt:
Jawab seperti individu yang memahami emosi, cabaran dan konteks manusia. Gunakan nada natural dan supportive.
Ini soalan saya: (masukkan soalan anda)
Jawapan akan terasa lebih real dan kurang robotik.
3. Simulasi Pengalaman Hidup (Real-Life Experience)
Minta AI jawab seperti rakan yang pernah melalui situasi tersebut.
Contoh prompt:
Anggap awak pernah melalui situasi ini dan belajar daripadanya. Berikan nasihat jujur dan praktikal.
Ini soalan saya: (masukkan soalan anda)
Ini buat jawapan lebih grounded dan relevan.
4. Perspektif Orang Pertama
Paksa AI guna sudut pandang orang pertama untuk elakkan jawapan terlalu umum.
Contoh prompt:
Jawab menggunakan perspektif orang pertama dengan pendapat dan insight jelas. Elakkan nasihat generik.
Ini soalan saya: (masukkan soalan anda)
Nada akan jadi lebih berkarakter.
5. Mod Cerita Manusia (Human Story Mode)
Minta AI mulakan dengan cerita pendek sebelum beri pengajaran.
Contoh prompt:
Mulakan dengan cerita pendek yang relatable, kemudian ringkaskan pengajaran secara jelas.
Ini soalan saya: (masukkan soalan anda)
Sesuai untuk content marketing dan pendidikan.
6. Mod Kawan Bijak (Relatable Friend Mode)
Tone santai, jujur dan praktikal. Tiada bahasa korporat.
Contoh prompt:
Jawab seperti kawan yang bijak dan praktikal. Gunakan tone conversational, bukan formal.
Ini soalan saya: (masukkan soalan anda)
Sangat sesuai untuk media sosial.
7. Mod Pemikiran Mendalam (Deep Human Reasoning)
Untuk keputusan besar atau analisis kompleks.
Contoh prompt:
Tunjukkan langkah pemikiran secara reflektif sebelum membuat kesimpulan yang jelas.
Ini soalan saya: (masukkan soalan anda)
Jawapan jadi lebih tersusun dan meyakinkan.
Formula Prompt Yang Lebih Kuat
Daripada tulis:
“Make it sound human”
Gunakan struktur ini:
- Siapa yang menjawab? (pakar / kawan / mentor / pencerita)
- Tone apa? (santai / tegas / empati)
- Format apa? (bullet / cerita / langkah demi langkah)
- Elakkan apa? (ayat klise / terlalu umum / bahasa korporat)
Semakin spesifik arahan anda, semakin baik output AI.
Kesimpulan
Perbezaan antara pengguna biasa dan pengguna yang “tahu stratergi” bukan pada teknologi yang digunakan. Ia pada cara mereka memberi arahan.
Berhenti suruh ChatGPT jadi manusia. Sebaliknya, beritahu jenis manusia yang anda mahu ia wakili. Itulah strategi sebenar untuk hasil AI yang lebih tajam, matang dan berkesan.
Jika artikel ini bermanfaat, simpan dan cuba sendiri 7 prompt ini dalam penggunaan harian anda.
Kredit & Rujukan
Idea asal diadaptasi dan dirujuk daripada perkongsian oleh universe.mania di Instagram.
Rujukan asal:
https://www.instagram.com/p/DU-_V0kjPhI/?igsh=N29wcG15cWVocDdp
Terima kasih kepada universe.mania atas inspirasi idea prompt ini.

