Gemini dalam Google Drive: Rahsia Ramai Tak Tahu

Gemini dalam Google Drive sekarang membolehkan anda guna AI terus dari dalam Drive tanpa perlu buka dokumen satu-satu. Ramai masih guna Google Drive sekadar tempat simpan file, sedangkan dengan Gemini, anda boleh ringkaskan dokumen, tanya soalan dari PDF dan video, serta susun fail secara automatik hanya dengan arahan biasa.
Kalau selama ini anda rasa Drive cuma storage, selepas ini cara anda menggunakannya akan berubah sepenuhnya.
Apa Itu Gemini dalam Google Drive dan Cara Ia Berfungsi
Gemini sekarang terbina terus dalam Google Drive melalui side panel. Maksudnya, kau boleh “bercakap” dengan Drive guna arahan biasa, dan Gemini akan baca file untuk kau.
Tak perlu buka dokumen satu-satu. Tak perlu Ctrl+F 20 kali.
Cuma pilih file atau folder → tanya Gemini.
1) Instant Overviews File & Folder Dengan Gemini dalam Google Drive
Ini paling nampak simple, tapi impak dia besar.
Kau boleh minta:
- Ringkasan 1 file
- Ringkasan banyak file sekali gus
- Ringkasan seluruh folder
Contoh arahan:
“Give me an overview of these files”
“Summarize this folder”
Tak perlu buka satu-satu dokumen. Gemini akan baca dan bagi gambaran besar terus.
2) Tanya Soalan PDF, Video & Imej Guna AI dalam Google Drive
Ini part yang ramai tak percaya.
Gemini boleh faham kandungan dari:
- Video (termasuk rakaman meeting)
- Gambar
Contoh arahan:
“Summarize this PDF”
“What is discussed in this meeting recording?”
“What information is in this image?”
Dia bukan sekadar baca tajuk. Dia faham isi.
3) Auto Susun Fail Dengan Gemini dalam Drive
Ini dah level lain.
Kau boleh arah Drive buat kerja.
Contoh arahan:
“Create a folder called Design”
“Organize these files into folders by month”
“Move all invoices into one folder”
Drive bukan lagi tempat simpan file. Dia jadi pembantu kerja.
4) Extract Maklumat Pantas Guna Google Drive AI Assistant
Ini yang paling jimat masa.
Daripada:
Buka 10 dokumen → search → teka mana betul
Kau boleh terus tanya:
“Find the pricing details in these files”
“Which file mentions the deadline?”
Gemini akan cari untuk kau.
Kenapa Feature Ini Sangat Berguna Untuk Student dan Team
- Student: cari isi penting dalam nota & PDF dengan cepat
- Team: semak hasil meeting tanpa tengok video 1 jam
- Business: susun invoice, proposal, dokumen tanpa manual kerja
Ini bukan kecil. Ini cara kerja baru.
Cara Aktifkan Gemini Side Panel Dalam Drive

- Buka Google Drive
- Pilih mana-mana file / folder
- Buka Gemini side panel
- Mula tanya soalan atau beri arahan
Siap.
Kalau rasa ini berguna, share dengan kawan dan family.
Ramai masih guna Drive cara lama tanpa tahu ada Gemini.
Sumber: https://www.facebook.com/61562708253269/posts/122163033806423608/?rdid=Kwc1l2mDoj9XzdqQ#

