Cara Lindungi Data Peribadi – Patuh PDPA & Elak Kesalahan Kongsi Maklumat
Dalam dunia digital hari ini, cara lindungi data peribadi sangat penting – terutama bagi penjawat awam dan sesiapa sahaja yang kerap berkongsi dokumen dalam talian. Tapi persoalannya: “Adakah dokumen ini melanggar undang-undang jika saya muat naik ke internet?” Jika anda tak pasti, jangan ambil risiko. Gunakan teknologi terkini seperti ChatGPT, satu bentuk kecerdasan buatan (AI) yang boleh bantu semak sama ada kandungan tersebut melibatkan pelanggaran Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) Malaysia atau tidak.
1. Kenapa Penting Semak Dokumen Sebelum Kongsi?

PDPA Malaysia melindungi data peribadi individu daripada dikongsi tanpa kebenaran. Antara data yang dianggap sensitif termasuk:
- Nama penuh + nombor kad pengenalan
- Alamat rumah
- Nombor telefon
- Maklumat kewangan / kesihatan
- Maklumat keluarga atau pekerjaan
Sama ada anda penjawat awam, pelajar atau profesional anda perlu tahu cara lindungi data peribadi agar tidak melanggar undang-undang secara tidak sengaja.
2. Cara Guna ChatGPT untuk Semak Dokumen (PERCUMA & MUDAH)
Langkah-langkah:
- Lawati laman web: https://chatgpt.com
- Upload dokumen (PDF, Word, dll) yang anda ingin semak
- Tulis soalan: “Dokumen ni kalau saya upload kat internet, salah tak bawah PDPA Malaysia?”
Selesai. ChatGPT akan bantu analisis kandungan dokumen secara umum dan beri panduan berdasarkan prinsip perlindungan data peribadi.

3. ChatGPT Simpan Data, Tapi Lebih Selamat Daripada Scribd?

Ya, OpenAI (pembangun ChatGPT) mungkin menggunakan data anda untuk tingkatkan sistem mereka, tetapi:
- ChatGPT tidak terus dedahkan dokumen anda kepada umum
- Tiada “public link” seperti Scribd yang mudah diakses oleh sesiapa
- AI hanya memberi analisis berdasarkan input anda
Maknanya, masih jauh lebih selamat berbanding anda terus muat naik dokumen ke platform perkongsian awam tanpa sebarang semakan.
Sepatutnya Tak Perlu Tanya AI, Tapi sebagai penjawat awam atau individu bertanggungjawab, anda sepatutnya sudah tahu jenis data yang TIDAK boleh dikongsi di internet. Tapi kalau anda masih keliru gunakanlah AI. Ia wujud untuk membantu. Tak perlu malu atau ego bila tak tahu. Malah, penggunaan AI adalah satu langkah bijak dan proaktif. Jangan jadi individu yang menyumbang kepada kebocoran data hanya kerana malas semak.
- Apakah kelebihan ChatGPT?
Salah satu kelebihan guna ChatGPT ialah:
- Tak perlu login
- Tak perlu daftar akaun
- Tak perlu bayar
Kesimpulan
“Apa guna kerajaan galakkan penggunaan AI kalau kita sendiri tak mahu guna AI untuk perkara asas seperti keselamatan data?” Setiap individu, terutamanya dalam sektor awam harus lebih bertanggungjawab dalam hal perkongsian maklumat. Jika ragu-ragu, semak dahulu. Jangan kongsi secara melulu.