Kesan AI Terhadap Pekerjaan & Masa Depan Kerjaya

Category: ,

Gelombang teknologi Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) kini berkembang dengan pantas di seluruh dunia. Walaupun ia membawa pelbagai kemudahan serta inovasi menakjubkan, satu persoalan besar terus menghantui fikiran ramai: Adakah AI akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan atau merampas pekerjaan sedia ada?

Sebuah kajian global mendedahkan penemuan menarik mengenai pandangan masyarakat terhadap masa depan kerjaya era digital ini. Mari kita lihat beberapa titik penting yang dibangkitkan.

Majoriti Jangka Peluang Pekerjaan Berkurang

Tinjauan melibatkan puluhan negara mendapati bahawa lebih ramai responden menjangkakan AI akan mengurangkan jumlah pekerjaan berbanding mewujudkan peluang baharu dalam tempoh dua dekad akan datang. Kebimbangan ini paling ketara di negara-negara berpendapatan tinggi seperti Australia, Korea Selatan, dan Amerika Syarikat, di mana majoriti besar penduduknya meramalkan penyusutan peluang kerja akibat automasi pintar (AI).

Berdasarkan data kaji selidik global, majoriti besar di negara seperti Australia (76%) dan Korea Selatan (76%) yakin AI akan mengurangkan peluang pekerjaan. Malaysia turut berada dalam senarai carta ini di mana 41% responden meramalkan pengurangan peluang kerja berbanding hanya 13% yang menjangkakan pertambahan.

Adakah jurang antara orang kaya dan miskin makin besar?

Bukan isu hilang kerja sahaja, ramai juga yang risau AI bakal buatkan “yang kaya makin kaya, yang miskin makin ketinggalan”. Syarikat besar dan pemilik modal ada pelbagai sumber untuk kuasai teknologi canggih ini, manakala pekerja biasa pula berisiko hanyut jika tidak cepat bergerak seiring dengan perubahan.

Generasi Muda Lebih Risau Berbanding Golongan Berusia

Menariknya, kajian turut menunjukkan corak pemikiran yang berbeza mengikut peringkat umur. Di rantau ini, termasuk Malaysia, golongan muda berusia 18 hingga 34 tahun didapati lebih cenderung berpandangan negatif berbanding mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Golongan muda lebih risau bahawa kemasukan AI secara agresif akan mengehadkan ruang kerjaya mereka pada masa hadapan.

Semakin Banyak Tahu, Semakin Risau?

Satu lagi faktor penting ialah tahap pendedahan maklumat. Individu yang sering membaca, mendengar atau mengikuti perkembangan terkini mengenai AI didapati lebih berhati-hati dan risau tentang masa depan kerjaya mereka berbanding mereka yang kurang mengambil tahu. Ini menunjukkan bahawa pendedahan terhadap keupayaan sebenar AI membawa kesedaran yang mendalam mengenai ancaman persaingannya dengan tenaga kerja manusia.

Kajian global menunjukkan majoriti masyarakat di kebanyakan negara berasa lebih bimbang (more concerned) berbanding teruja dengan peningkatan penggunaan AI dalam kehidupan seharian.

Kesimpulan: Apa Perlu Kita Buat?

Walaupun pandangan ramai masih berbelah bahagi dan ada yang kekal positif, ada juga yang ragu-ragu tapi hakikatnya teknologi kecerdasan buatan (AI) ini sudah pun menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita.

Jangan lawan AI, tapi belajar guna AI. Kunci untuk survived sekarang mudah sahaja hanya perlu rajin upskill, fleksibel dan jadikan AI pembantu kita, bukan musuh.

Sumber : https://wiser.my/lebih-ramai-percaya-ai-akan-menyebabkan-manusia-hilang-pekerjaan?fbclid=IwdGRjcAVVIkNjbGNrBVUiQGV4dG4DYWVtAjExAHBkb2YFc3J0YwZhcHBfaWQMMzUwNjg1NTMxNzI4AAEfF6a-lZOzlzNPma1c4UVyOAipdBBlDC3XOZ-bh8H5RmgsIfRBdyEuwK0VqUc_aem_llaTZUZdOnwF7iL5cenv-Q

Interested in exploring AI tools and learning how to craft effective prompts for better results?

Get in touch with us today via WhatsApp at 016-423 6116 or email fazmuhyudin@gmail.com to request your personalized training session.

Should you require any training, please feel free to reach out. I am an accredited trainer under HRDCORP.

Looking for something more flexible? We also offer personalized classes with easy payment options to suit your needs.


Contact Us
📧 Email: fazmuhyudin@gmail.com
📞 Phone: +6016-423 6116