10 Prompt Wajib Cuba: Gemini Dah Boleh Edit Video Anda Sekarang

Kalau sebelum ni proses edit video memerlukan software khas, kemahiran editing dan banyak masa untuk buat perubahan kecil, sekarang AI mula memudahkan proses tersebut hanya dengan menggunakan prompt yang ringkas.
Dengan Gemini, pengguna boleh memberikan arahan dalam bentuk prompt untuk membuat pelbagai perubahan pada video seperti menukar latar belakang, membuang objek yang tidak diingini, menukar pakaian, memberikan gaya sinematik dan menambah visual effects.
Menariknya, arahan yang diberikan bukan sekadar “edit video ini”, tetapi boleh diterangkan dengan lebih terperinci supaya AI memahami elemen mana yang perlu dikekalkan dan mana yang perlu diubah.
Berikut ialah 10 prompt yang boleh anda cuba untuk mengedit video dengan lebih kreatif dan profesional.
1.Hasilkan Cinematic Video Look dengan Prompt
Nak jadikan video biasa nampak lebih premium dan cinematic? Gunakan prompt yang meminta AI mengubah keseluruhan visual video sambil mengekalkan subjek dan pergerakan asal.
Anda boleh menentukan aspek seperti lighting, camera movement, colour grading dan visual mood.
Contohnya, anda boleh minta gaya warm golden-hour, cool blue moonlight, soft studio lighting atau dramatic chiaroscuro.
Prompt ini sesuai untuk video travel, talking-head, product shot, Reels dan B-roll yang mahu kelihatan lebih profesional.
2. Change Background Without Leaving Home
Tak sempat pergi studio atau lokasi tertentu untuk rakam video? Anda boleh gunakan prompt untuk menukar latar belakang video tanpa mengubah subjek utama.
AI boleh diarahkan supaya wajah, rambut, warna kulit, pakaian, pergerakan dan ekspresi subjek kekal sama.
Pada masa yang sama, latar belakang baharu boleh disesuaikan dengan perspective kamera, lighting, shadows, reflections dan motion blur supaya hasilnya nampak lebih natural.
Contohnya, anda boleh menukar background kepada podcast studio, pantai ketika matahari terbenam, pejabat moden, coffee shop atau futuristic tech lab.
3. Remove Unwanted Objects or People
Ada orang yang lalu di belakang video? Ada objek mengganggu atau background yang nampak terlalu berselerak?
Prompt ini membolehkan anda meminta AI membuang objek atau individu tertentu daripada video.
AI akan cuba menjejaki objek tersebut sepanjang video dan membina semula kawasan yang telah dibuang menggunakan elemen background di sekeliling.
Ini berguna untuk membuang crowd, orang yang tidak dikehendaki, kabel, papan tanda, objek rosak atau benda yang mengganggu visual.
4. Swap Objects Instantly
Selain membuang objek, anda juga boleh menggantikan objek sedia ada dengan objek baharu.
Contohnya, anda boleh menukar mug putih kepada mug premium, telefon lama kepada smartphone baharu, botol air kepada botol berjenama atau lampu meja kepada lampu moden.
Prompt boleh menentukan objek asal, objek baharu serta elemen yang perlu dikekalkan seperti tangan, subjek utama dan background.
AI kemudiannya cuba memastikan objek baharu mempunyai lighting, reflection, shadow, perspective dan motion yang sesuai dengan scene asal
5. Change Outfit Without Reshooting
Nak tukar pakaian dalam video tanpa rakam semula?
Dengan prompt ini, anda boleh menggantikan pakaian seseorang sambil mengekalkan identiti, wajah, rambut, bentuk badan, pose dan pergerakannya.
Anda juga boleh menerangkan pakaian baharu dengan lebih spesifik seperti:
- Premium black luxury streetwear
- Elegant navy blue business suit
- Traditional Malay baju kurung
- Casual summer outfit
- Futuristic cyberpunk outfit
AI akan cuba menyesuaikan pakaian tersebut dengan pergerakan badan, lighting, fabric texture, shadows dan interaction dengan tangan atau rambut.
6. Hollywood Film Look with Prompt
Kalau anda mahu video nampak seperti sebuah filem, prompt ini boleh digunakan untuk memberikan gaya sinematik tertentu.
Anda boleh pilih gaya seperti 1970s cinematic aesthetic, modern Hollywood blockbuster, vintage 1950s noir, contemporary Netflix drama atau indie film.
Selain itu, anda boleh menentukan ciri visual seperti:
- Film grain
- Soft halation
- Mild lens bloom
- Subtle vignetting
- Analog tape saturation
- Clean digital look
Prompt ini sesuai untuk storytelling, music video, cinematic Reels, short film, travel content dan branded video.
7. Product Cinematic Shot with Prompt
Untuk content creator atau bisnes yang menghasilkan video produk, prompt ini boleh digunakan untuk menjadikan produk kelihatan lebih premium.
Anda boleh menetapkan product style, lighting, camera movement, background dan visual mood yang diingini.
Contohnya, produk boleh diletakkan dalam suasana luxury marble countertop, premium showroom, futuristic tech lab atau minimal dark studio.
AI juga boleh diarahkan supaya mengekalkan bentuk, logo dan ciri produk asal sambil meningkatkan visual seperti lighting, reflection dan depth.
8. Hasilkan Hollywood Visual Effects dengan Prompt
Nak tambah efek seperti kilat, aura, explosion atau hologram?
Prompt ini membolehkan anda menentukan visual effect yang perlu muncul berdasarkan tindakan tertentu dalam video.
Contohnya:
“Add intense electric-blue lightning when the character raises their hand.”
AI boleh cuba memastikan effect tersebut mengikuti pergerakan subjek dan kelihatan seolah-olah benar-benar berada dalam scene.
Antara contoh effect yang boleh digunakan ialah electric lightning, fiery explosion, magical energy aura, sci-fi holographic interface, superhero shockwave, sparkling particle trail dan ice freeze effect.
9. Change Specific Elements Without Affecting Others
Kadang-kadang anda hanya mahu mengubah satu bahagian tertentu dalam video tanpa mengganggu elemen lain.
Dalam situasi ini, prompt yang lebih spesifik sangat membantu. Anda boleh nyatakan dengan jelas elemen mana yang perlu diubah dan elemen mana yang mesti kekal.
Contohnya, anda boleh meminta AI mengubah warna atau design sesuatu objek, visual pada bahagian tertentu atau elemen tertentu dalam scene, sambil memastikan subjek, background dan pergerakan asal tidak berubah.
Semakin jelas arahan yang diberikan, semakin mudah AI memahami skop perubahan yang anda mahukan.
10.Change Camera Angle Without Reshooting
Ini antara fungsi yang menarik kerana anda boleh meminta AI menghasilkan perspektif kamera baharu tanpa perlu merakam semula scene.
Contohnya, anda boleh menukar shot kepada:
- Dramatic low-angle hero shot
- Overhead top-down view
- Extreme close-up
- Wide establishing shot
- Dutch angle
- Over-the-shoulder shot
- Macro product shot
- Bird’s-eye view
AI boleh cuba membina semula scene berdasarkan 3D spatial reasoning, termasuk perspective, object placement, shadows, reflections, lighting direction dan depth of field.
Jadi, satu rakaman asal boleh digunakan untuk menghasilkan perspektif yang berbeza tanpa perlu setup kamera semula.
Tips Untuk Hasil Yang Lebih Baik

Kunci utama bila menggunakan AI untuk edit video ialah jangan berikan arahan terlalu umum.
Sebaliknya, nyatakan dengan jelas:
Apa yang mahu diubah → Apa yang perlu dikekalkan → Gaya visual → Lighting → Camera movement → Detail penting
Sebagai contoh, daripada hanya menulis:
“Tukar background kepada pantai.”
Lebih baik nyatakan lokasi, lighting, perspective dan perkara yang tidak boleh berubah.
Dengan prompt yang lebih terperinci, AI mempunyai lebih banyak konteks untuk menghasilkan perubahan yang konsisten sepanjang video.
Kesimpulan
Kemampuan AI untuk mengedit video menggunakan arahan teks menunjukkan bagaimana proses video editing semakin mudah dan accessible.
Daripada menukar background, membuang objek, menukar pakaian dan produk, memberikan cinematic look, menambah visual effects sehinggalah mengubah camera angle, banyak kerja editing yang sebelum ini memerlukan proses manual kini boleh dibantu menggunakan prompt.
Kalau anda seorang content creator, marketer, designer, educator atau pemilik bisnes, 10 prompt ini boleh dijadikan titik permulaan untuk bereksperimen dengan editing video menggunakan AI.

