Chrome Kini Ada Vertical Tabs: Cara Aktifkan & Kenapa Ia Lebih Produktif

Pernah rasa serabut bila terlalu banyak tab terbuka dalam browser? Kini, masalah itu mungkin sudah ada penyelesaiannya!
Google Chrome telah memperkenalkan ciri baharu yang dipanggil Vertical Tabs, satu fungsi yang membolehkan anda menyusun tab secara menegak di sebelah kiri atau kanan skrin.
Apa Itu Vertical Tabs?

Vertical Tabs ialah ciri yang memaparkan tab browser anda dalam bentuk senarai menegak, bukan lagi bar mendatar di atas seperti biasa.
Dengan cara ini, anda boleh:
- Lihat tajuk tab dengan lebih jelas
- Urus banyak tab tanpa berselerak
- Mudah navigasi antara tab
Cara Aktifkan Vertical Tabs di Chrome
Nak cuba? Ikuti langkah mudah ini:
- Di Chrome, taip di address bar:
👉chrome://flags

2.Dalam kotak carian, taip:
👉 vertical tabs

3.Tukar kepada Enabled

4.Klik Relaunch browser

5.Klik kanan pada mana-mana bahagian tab di Chrome
Pilih “Show Tabs Vertically”

6.Tab anda akan automatik berpindah ke sisi browser

Siap! Anda kini boleh gunakan pengalaman browsing yang lebih kemas.
Kelebihan Menggunakan Vertical Tabs
1. Lebih Mudah Urus Banyak Tab
Kalau anda jenis buka 10–20 tab sekaligus, ciri ini memang sangat membantu.
2. Tajuk Tab Lebih Jelas
Tak perlu lagi hover mouse untuk tengok tajuk penuh tab.
3. Sesuai Untuk Kerja & Research
Sangat berguna untuk pelajar, pekerja, atau sesiapa yang buat banyak research.
4. Tingkatkan Produktiviti
Kurang masa buang untuk cari tab → lebih fokus buat kerja.
Siapa Patut Guna Feature Ini?
Ciri ini sangat sesuai untuk:
- Pelajar universiti
- Content creator
- Developer / programmer
- Digital marketer
- Pengguna heavy multitasking
Kesimpulan
Ciri Vertical Tabs di Chrome adalah satu penambahbaikan kecil tapi sangat memberi impak besar kepada cara kita melayari internet.
Kalau anda selalu struggle dengan tab yang terlalu banyak, ini memang feature yang wajib cuba!
Reference:https:https://www.facebook.com/share/p/18aMmpL2vH/

