5 ChatGPT Secret Codes Yang Ramai Tak Tahu Tapi Patut Cuba

Categories: , ,

5 ChatGPT Secret Codes sebenarnya boleh mengubah cara anda menggunakan AI tanpa perlu teknik yang rumit. Hanya dengan menambah arahan ringkas di hadapan prompt, anda boleh mengawal gaya, struktur dan tahap kefahaman jawapan yang diberikan.

Ramai pengguna menggunakan ChatGPT secara biasa iaitu dengan tanya soalan, tunggu jawapan. Tetapi pengguna yang lebih mahir tahu bahawa cara memberi arahan jauh lebih penting daripada sekadar bertanya.

Jika anda pernah rasa jawapan terlalu panjang, terlalu teknikal, terlalu formal atau tidak tersusun, lima kod ini memang patut anda cuba.

5 ChatGPT Secret Codes

1. /human – Untuk Jawapan Lebih Natural & Realistik

Kadangkala jawapan AI kedengaran terlalu formal dan kaku. Jika anda mahu gaya bahasa yang lebih natural seperti manusia sebenar, gunakan /human.

Contoh Prompt 1:

/human Write a LinkedIn post about the importance of AI in business.

Hasil Arahan:

Kod ini membantu menghasilkan:

  • Nada lebih mesra
  • Bahasa lebih beremosi secara profesional
  • Ayat yang tidak terlalu “robotik”

Sangat sesuai untuk emel, caption media sosial dan komunikasi pelanggan. media sosial dan komunikasi dengan pelanggan.

2. /tldr – Ringkaskan Kepada Isi Utama

Jika jawapan terlalu panjang dan anda hanya mahu inti penting, gunakan /tldr.

Contoh Prompt:

/tldr Explain inflation and how it affects daily life.

Hasil Arahan:

Hasilnya ialah jawapan yang padat dan terus kepada point utama tanpa huraian berjela-jela.

Sesuai untuk:

  • Ringkasan laporan
  • Nota ulangkaji
  • Executive summary

3. /eli15 – Terangkan Dengan Bahasa Sangat Mudah

Topik kompleks seperti ekonomi atau teknologi boleh jadi lebih mudah difahami dengan /eli15.

Contoh Prompt:

/eli15 Explain how interest rates affect housing loans.

Hasil Arahan:

AI akan menerangkan menggunakan analogi dan bahasa mudah, seolah-olah bercakap dengan remaja 15 tahun.

Sangat berguna untuk:

  • Pelajar
  • Training dalaman
  • Faham konsep baru dengan cepat

4. /fix – Semak & Perbaiki Teks Anda

Jika anda sudah ada teks tetapi tidak pasti tentang grammar atau logik, gunakan /fix.

Contoh Prompt:

/fix Check this paragraph for grammar and logical flow:

Our company sales increased because the marketing was very strong and attract many new customers. Revenue looks good and management was happy at first. But at the same time, customer complaints also increase about delivery and product quality. So overall performance feels confusing because we grow in sales, but customer satisfaction become worse.

Hasil Arahan:

Kod ini membantu:

  • Membetulkan kesalahan tatabahasa
  • Menstrukturkan ayat dengan lebih jelas
  • Memperbaiki aliran idea

Sangat sesuai untuk proposal, laporan, assignment dan kandungan pemasaran.

5. /steps – Pecahkan Kepada Langkah Jelas

Jika anda tidak tahu hendak mula dari mana, gunakan /steps.

Contoh Prompt:

/steps How to make a budget plan?

Hasil Arahan:

AI akan menyusun jawapan dalam bentuk langkah demi langkah yang praktikal dan mudah diikuti.

Sesuai untuk:

  • Perancangan projek
  • Persediaan pembentangan
  • Strategi bisnes
  • Pelan tindakan peribadi

Kenapa 5 ChatGPT Secret Codes Ini Penting?

Perbezaannya bukan pada soalan yang anda tanya, tetapi bagaimana anda memberi arahan.

Prompt biasa menghasilkan jawapan biasa.
Prompt strategik menghasilkan jawapan berkualiti.

Dengan hanya satu kod ringkas, anda sebenarnya sedang mengawal:

  • Nada bahasa
  • Kedalaman penjelasan
  • Struktur jawapan
  • Tahap kefahaman

Inilah asas penggunaan AI secara lebih profesional dan strategik.

Kesimpulan

5 ChatGPT Secret Codes ini mungkin nampak kecil, tetapi kesannya besar terhadap kualiti jawapan yang anda terima.

Daripada jawapan yang terlalu panjang, terlalu teknikal atau terlalu robotik. Kini anda boleh mengawal output dengan lebih bijak dan berstruktur.

Jika bermanfaat, simpan artikel ini dan kongsikan kepada rakan atau team anda yang selalu menggunakan ChatGPT dalam kerja harian mereka.

Kredit

Perkongsian asal diinspirasikan daripada video oleh Heon Hi Teng.

Tonton versi asal di sini:
👉 https://www.facebook.com/share/r/1AxwEafxGB/

Artikel ini telah diolah semula dengan huraian tambahan dan contoh praktikal bagi memudahkan pemahaman serta aplikasi dalam situasi sebenar.

Interested in exploring AI tools and learning how to craft effective prompts for better results?

Get in touch with us today via WhatsApp at 016-423 6116 or email fazmuhyudin@gmail.com to request your personalized training session.

Should you require any training, please feel free to reach out. I am an accredited trainer under HRDCORP.

Looking for something more flexible? We also offer personalized classes with easy payment options to suit your needs.


Contact Us
📧 Email: fazmuhyudin@gmail.com
📞 Phone: +6016-423 6116