Cara Mudah Guna AI Untuk Ilustrasi Pembelajaran: Panduan Untuk Guru

Cara Mudah Guna AI Untuk Ilustrasi Pembelajaran Guru sering kali berdepan cabaran bila nak terangkan info panjang kepada pelajar, terutamanya bagi topik yang padat dengan fakta. Kalau anda jenis cepat pening bila baca posting panjang berjela, jangan risau! Kini ada cara mudah guna AI untuk bantu pelajar faham dengan cepat tanpa perlu membaca satu per satu.
Kebaikan Guna AI Dalam Pembelajaran

- Jimat Masa Guru – Tidak perlu sediakan nota panjang atau bahan manual.
- Memudahkan Pemahaman Pelajar – Ilustrasi visual bantu pelajar cepat faham konsep kompleks.
- Menarik Minat Pelajar – Bahan pembelajaran jadi lebih interaktif dan menyeronokkan.
- Fleksibel Untuk Semua Subjek – Sesuai untuk Sejarah, Sains, Geografi dan subjek lain.
- Meningkatkan Daya Ingatan – Pelajar lebih mudah mengingat info melalui gambar berbanding teks panjang.
- Boleh Digunakan Sebagai Alat Pembelajaran Digital – Sesuai untuk kelas online atau blended learning.
Langkah Mudah Guna AI Untuk Ilustrasi Pembelajaran

- Copy Semua Teks Postingan
Ambil semua teks daripada posting atau artikel yang anda nak ajar kepada pelajar.
Contoh:
- Telaga Zamzam terletak di bawah lantai Kaʿbah, kedalaman 19–20 meter, gabungan struktur buatan manusia dan batu semula jadi.
- Lapisan telaga:
- Atas (0–14 m): dinding diplester dengan batu, stabil.
- Pertengahan (14–17 m): batu semula jadi dengan rekahan kecil untuk aliran air.
- Bawah (17–20 m): batu keras, sambungan ke akuifer bawah tanah.
- Sumber air:
- Aliran utama dari arah Kaʿbah.
- Aliran kedua dari sisi bukit Ajyad.
- Titik-titik kecil dalam batuan.
- Kualiti air: jernih, sejuk, kaya mineral (kalsium dan magnesium), aliran sentiasa diperbaharui.
- Artifak dan objek sejarah seperti baldi logam dan bekas lama.
- Sistem geologi semula jadi Lembah Ibrahim: rekahan batu dan lapisan batu bertindak sebagai pengaliran air bawah tanah.
- Paparkan Dr. Yahya Koshak memimpin pasukan penyelam membuat pemeriksaan dan dokumentasi teknikal.
- Sertakan ikon “suci dan diberkati” untuk menekankan nilai spiritual air Zamzam.
- Warna dan gaya visual: realistik, penuh detail, mudah difahami, sesuai untuk bahan pendidikan.
Gunakan teks ini sebagai panduan untuk menghasilkan ilustrasi saintifik dan sejarah Telaga Zamzam, sesuai untuk blog pendidikan dan pembelajaran visual.
2.Paste Dalam Platform Google Gemini & Generate Ilustrasi Daripada Tek
Gunakan Google Gemini, terutama model Pro untuk hasil terbaik. Jangan guna model Fast kerana ia kurang tepat untuk detail.
Prompt:Tukar info ni kepada gambar rajah lebih mudah difahami. Saiz portrait. Follow exact detail seperti dalam post ini [masukkan posting]” Tak perlu ikut prompt ni sepenuhnya, anda boleh request ikut apa yang anda nak.

3.Final output

Kesimpulan
Cikgu-cikgu, cubalah kaedah ini! Gunakan AI untuk bantu pelajar lebih cepat faham dan selesaikan cabaran membaca teks panjang. Dengan AI, pelajar boleh belajar secara visual, mudah ingat dan lebih seronok belajar.
Reference:https://www.facebook.com/share/p/1F5Fk8nBTN/
: https://www.facebook.com/share/1QMRv821o7/?mibextid=wwXIfr

