Cara Buat Poster Produk Dengan Cepat Menggunakan Gemini

Cara Buat Poster Produk Dengan Cepat Menggunakan Gemini Dalam dunia perniagaan dan pemasaran digital, poster produk yang menarik memainkan peranan besar untuk tarik perhatian pelanggan. Namun, tidak semua orang mahir design atau ada masa untuk buat poster dari kosong.
Berita baiknya, kini anda boleh buat poster produk dengan cepat menggunakan Gemini, AI daripada Google, hanya dengan satu prompt kreatif.
Artikel ini akan tunjukkan cara buat poster produk guna Gemini langkah demi langkah, sesuai untuk peniaga online, usahawan kecil dan content creator.
Kenapa Guna Gemini Untuk Buat Poster Produk?

Gemini ialah AI yang mampu:
- Faham arahan teks dengan baik
- Cadangkan idea visual berdasarkan produk
- Hasilkan konsep poster dalam masa singkat
Prompt Kreatif Untuk Buat Poster Produk

Gunakan prompt ini dalam Gemini:
How this product will look like if create poster and have Malay title in casual style related to the product? size 1:1
Prompt ini membantu Gemini:
- Menjana idea poster produk
- Menggunakan tajuk Bahasa Melayu gaya santai
- Menghasilkan format 1:1, sesuai untuk media sosial
Langkah-Langkah Buat Poster Produk Menggunakan Gemini
1. Pilih Produk Yang Ingin Dipromosikan
Contoh produk:
- Tumbler
- Minuman pelbagai perisa
- Kacang sihat
- Earbuds
Produk yang jelas dan ringkas akan beri hasil poster yang lebih cantik.
2. Buka Gemini & Masukkan Promp

Buka Gemini dan masukkan prompt di atas.
Jika ada gambar produk, sertakan sekali untuk hasil lebih tepat.
Tip:
Anda boleh tambah arahan seperti warna, sasaran pelanggan atau gaya poster.
3. Dapatkan Poster Daripada Gemini

4. Siap & Terus Upload
Poster bersaiz 1:1 sesuai untuk:
- Instagram Reel
- Facebook Post
- TikTok Thumbnail
Kelebihan Buat Poster Produk Guna Gemini
- Cepat & mudah
- Tak perlu kemahiran design
- Sesuai untuk media sosial
- dea kreatif tanpa fikir lama
- Bantu tarik perhatian pelanggan
Tips Supaya Poster Lebih Menarik
- Guna tajuk ringkas & catchy
- Pilih warna ikut emosi produk
- Jangan terlalu banyak teks
- Fokus pada visual produk
Kesimpulan
Reference:https://gemini.google.com
Dengan Gemini, anda boleh buat poster produk yang menarik dan profesional tanpa perlu skill design yang tinggi.
Cukup dengan prompt yang betul, idea poster boleh dijana dalam masa singkat.
Ini solusi terbaik untuk peniaga yang nak bergerak pantas dalam pemasaran digital.

