Google NotebookLM: Solusi AI Tukar Audio ke Transcripts

Categories: ,

Google NotebookLM, AI-powered tool dari Google yang boleh tukar audio atau video kepada transcripts automatik. Ia bukan sahaja membantu menghasilkan teks penuh, malah anda juga boleh minta ringkasan terus dalam chat. Dalam dunia digital hari ini, audio content seperti podcast, voice notes, dan video recording mesyuarat semakin popular. Namun, bila kita nak rujuk semula isi penting, mencari point dalam audio boleh jadi leceh.

Apa Itu Google NotebookLM?

Google NotebookLM ialah tool AI yang direka untuk memudahkan pengurusan maklumat. Anda boleh:

  • Upload dokumen, audio, atau video
  • Hasilkan transcripts automatik
  • Dapatkan summary (ringkasan)
  • Chat dengan AI untuk kupas isi penting

Cara Guna Google NotebookLM Untuk Tukar Audio ke Transcripts

Ikuti langkah mudah ini:

  1. Buka Google NotebookLM dan klik hasil carian yang paling atas.

2. Klik “Try NotebookLM” unutk akses awal.

3. Klik “Create new” untuk mula membuat notebook baharu.

4. Klik “Upload sources” to upload file.

5. Pilih file yang mengandungi audio mp3 untuk diupload ke NotebookLM.

6. Tunggu proses upload selesai. Setelah itu ia akan automatik hasilkan transcripts.

7. Anda boleh tanya dalam chat, contohnya:

  • “Can you generate a full transcript from this uploaded audio file?”
  • “Please summarize the main points of this audio recording.”

8. Anda juga boleh klik “Settings“.Seterusnya, klik pada “Output language” untuk tukar kepada bahasa yang menjadi pilihan anda.

9. Jika anda ingin memilih Bahasa Melayu. Anda boleh klik pada “Melayu“.

10. Berikut merupakan paparan setelah tukar ke Bahasa Melayu. Selamat mencuba.

Kegunaan Praktikal Google NotebookLM

  • Pelajar: Ubah rakaman kuliah jadi teks & ringkasan
  • Profesional: Transkrip mesyuarat automatik
  • Content Creator: Tukar podcast atau video ke teks untuk blog/posting
  • Penulis: Ambil isi penting tanpa perlu dengar semula audio panjang

Apa Kepentingan Google NotebookLM Tukar Audio Jadi Transcripts?

Ramai orang masih bergantung pada audio, tetapi transcripts memberikan kelebihan besar:

  • Lebih mudah cari keyword atau point penting tanpa dengar semula audio panjang.
  • Boleh dijadikan bahan rujukan atau nota bertulis.
  • Memudahkan perkongsian maklumat dengan rakan sepasukan atau pelajar.
  • Meningkatkan accessibility untuk mereka yang ada masalah pendengaran.

Kesimpulan

Dengan Google NotebookLM proses mengurus audio dan video jadi lebih efisien. Tool AI ini membantu menjimatkan masa, meningkatkan produktiviti, dan memudahkan kerja pelajar, profesional, serta content creator.

Interested in exploring AI tools and learning how to craft effective prompts for better results?

Get in touch with us today via WhatsApp at 016-423 6116 or email fazmuhyudin@gmail.com to request your personalized training session.

Should you require any training, please feel free to reach out. I am an accredited trainer under HRDCORP.

Looking for something more flexible? We also offer personalized classes with easy payment options to suit your needs.


Contact Us
📧 Email: fazmuhyudin@gmail.com
📞 Phone: +6016-423 6116