Google NotebookLM: Tukar video Youtube Jadi Subtitle & Audio

Google NotebookLM ialah tool AI yang memudahkan anda menukar video YouTube kepada subtitle dan juga audio. Dengan hanya beberapa langkah mudah, ia membantu anda memahami kandungan video lebih cepat melalui transkrip, smart summary, dan juga podcast-style audio.
Apa Itu Google NotebookLM?
Google NotebookLM ialah aplikasi nota pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk membantu pelajar, penyelidik, dan pencipta content mengurus maklumat. Ia bukan sekadar tempat simpan nota, ia membolehkan anda:
- Mendengar Audio Overview untuk pemahaman pantas
- Upload dokumen, PDF, dan pautan YouTube
- Import subtitle (transkrip) daripada video
- Jana auto summary untuk point utama
Panduan guna Google NotebookLM
Ikuti langkah demi langkah ini:
- Buka Google NotebookLM
Search NotebookLM dan klik carian yang paling atas.

2.Klik “Try NotebookLM”

3. Klik “Create new” untuk mula membuat notebook.

4. Klik “YouTube”

5. Ruang untuk paste link youtube.

6. Copy link URL video yang telah dipilih di youtube.

7. Pilih “Paste link” dan masukkan link YouTube yang telah dicopy dari youtube.

8.Membuat Ringkasan subtitle dan audio.
Selepas berjaya dimuat naik, anda boleh minta AI tukar ringkasan menjadi subtitle. Seterusnya, klik pada “Audio Overview“ untuk tukar menjadi audio.

Kelebihan
- Transkrip automatik untuk memudahkan rujukan teks.
- Ringkasan AI menjimatkan masa pembelajaran.
- Audio Overview sesuai untuk ulang kaji sambil bergerak.
- Sesuai untuk pelajar, penyelidik, dan pencipta kandungan.
Perkara Perlu Diberi Perhatian
- Video mesti umum dan ada subtitle.
- Video peribadi atau tanpa caption tidak boleh diimport.
- Transkrip daripada sarikata automatik mungkin ada kesalahan ejaan atau tatabahasa.
Kesimpulan
Dengan menggunakan tool ini, anda boleh menukar video YouTube kepada sarikata dan juga audio ringkasan dengan cepat. Sama ada untuk belajar, membuat kajian, atau menghasilkan kandungan, NotebookLM menjadikan proses lebih mudah dan efisien.

