JustQR : Cara Paling Mudah Buat QR Code Percuma & Tanpa Iklan! Cubalah Sekarang!

QR Code

JustQR: Cara Mudah Buat QR Code Percuma & Tanpa Iklan! Cubalah Sekarang!

QR Code kini sangat penting dalam kehidupan digital kita. Dari kongsi link media sosial, RSVP majlis kahwin, menu digital kedai makan, sampai simpan pautan video tazkirah, semua boleh dibuat dengan JustQR.com. Namun, banyak laman buat QR Code percuma yang lambat, penuh iklan, atau kena daftar akaun dulu — itu semua menyusahkan!

Jika anda cari cara buat QR Code percuma & tanpa iklan, JustQR.com adalah pilihan terbaik — mudah, pantas dan mesra pengguna.

Kenapa Pilih JustQR.com?

  1. Percuma sepenuhnya

2. Tiada iklan langsung – antaramuka bersih dan mudah

3.Tak perlu daftar akaun

4. Boleh ubah warna QR mengikut citarasa

5. Sokong saiz & error correction

6. Boleh host QR Code sendiri kalau nak simpan link ke dalam server peribadi

Cara Guna JustQR (Langkah Demi Langkah)

  1. Masuk ke laman web justaqrcode.com
masuk ke laman web

2. Masukkan teks atau URL yang anda nak tukarkan jadi QR Code (contoh: https://fazlumuhyudin.com/)

masuk link

3. Pilih saiz QR dan tahap Error Correction (supaya QR mudah di-scan walaupun gambar tercalar sikit)

tetapkan size QR
tetapkan error correction

4. Boleh ubah warna QR Code ikut warna tema jenama atau majlis.

ubah warna

5. QR Code automatik dijana terus boleh klik download!

QR auto generate
download
gambar QR

Idea Menarik Guna QR :

  • Link ke profil media sosial atau resume
  • Google Form untuk daftar kehadiran ke event
  • E-book atau nota kelas digital
  • Video YouTube untuk tazkirah atau tutorial
  • Pautan ke kedai online atau katalog produk
  • Menu digital di restoran atau kafe
  • Kad jemputan digital untuk majlis perkahwinan atau event khas

Kesimpulan

Tak perlu lagi buang masa guna laman web QR Code yang lambat, penuh iklan dan menyusahkan. Dengan JustQR.com, semua urusan jadi lebih mudah, cepat dan selesa tanpa sebarang gangguan. Anda boleh hasilkan code QR secara percuma tanpa had, tanpa perlu daftar akaun, dan tanpa sebarang iklan mengganggu. Ia sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti RSVP majlis, paparan menu restoran, link ke media sosial, borang pendaftaran online, video YouTube, e-book dan banyak lagi. Malah, anda boleh ubah warna Code QR ikut tema jenama atau event anda. Prosesnya sangat ringkasnya ialah masukkan link, pilih saiz dan warna, dan terus download. Senang kan? Kalau anda nak cari solusi QR percuma yang pantas, selamat dan mesra pengguna, JustQR.com memang pilihan terbaik. Cubalah sekarang di justaqrcode.com dan rasai sendiri kemudahannya!

Interested in exploring AI tools and learning how to craft effective prompts for better results?

Get in touch with us today via WhatsApp at 016-423 6116 or email fazmuhyudin@gmail.com to request your personalized training session.

Should you require any training, please feel free to reach out. I am an accredited trainer under HRDCORP.

Looking for something more flexible? We also offer personalized classes with easy payment options to suit your needs.


Contact Us
📧 Email: fazmuhyudin@gmail.com
📞 Phone: +6016-423 6116